Sunday, August 9, 2009

Kerajaan Perpaduan Umno+Pas ?

Kerajaan Perpaduan di Selangor antara Umno dengan Pas, jauh tapi dekat. Tidak mustahil kerana permaianan politik Dap dan Pkr dilihat tidak menguntungkan Pas sekarang.

Buktinya di Prk Bukit Gantang dan Manek Urai, sokongan orang melayu kepada pas menjunam jatuh.

Walaupun diatas sana pelbagai desakan rundingan perpaduan ini di lupakan, namun di akar umbi ianya berlainan sekali.

Dun Sementa dan Dun Meru, wakil rakyatnya begitu mesra sekali membincangkan masalah rakyat. Gambar diatas menyatakan segala-galanya. YB Sementa Datuk Hj Rahman Palil begitu serius sekali berbincang dengan YB Meru Dr Rani Osman.

Apa yang dibincang yer? Inilah perundingan perpaduan yang diimpikan oleh orang melayu umat Islam. Semoga satu hari nanti pemimpin yang diatas boleh duduk pula semeja berunding dan memikir persoalan umat sejagat. Bila yer!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.