Monday, August 10, 2009

Belayar sudah www.bnumnokapar.blogspot.com


Umno Bahagian Kapar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Hj Zahid Hamidi Naib Presiden Umno merangkap Menteri Pertahanan yang sudi melancarkan laman blog Umno Bahagian Kapar.

Maka dengan rasminya www.bnumnokapar.blogspot.com akan menjadi laman resmi umno Bahagian Kapar. Blog ini dikendalikan oleh Unit Media dan Komunikasi Umno Bahagian Kapar.

Untuk rekod, di Umno Bahagian Kapar, kita mempunyai seramai lima orang bloggers yang aktif memblog pada setiap hari. Mereka menjadi mendokong utama perang cyber dalam isu-isu tempatan di parlimen Kapar.

Terima kasih kerana sudi melayari blog kami.